Pustaka Galeri Muallim
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Newspaper Article
Call Number :SEJ JANUARI 2016
Main Author :Utusan Malaysia. (12 Disember 2016)
Title :Bangunkan Muallim Kota Pelajar, Wilayah Ilmu
Hits :19
Notes :TANJUNG MALIM 11 Jan. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah daerah Muallim yang diisytiharkan daerah ke-11 di negeri ini hari ini harus dibangunkan sebagai wilayah ilmu dan kota pelajar. Baginda bertitah, ini bertepatan dengan dua unsur dalam perkataan mualim iaitu ilmu dan agama yang wajib dijadikan kompas panduan atau pegangan dalam merancang serta merangka pembangunan daerah baharu itu. Titah baginda, pembangunan seimbang adalah pembangunan yang berjaya mengimbangkan pembangunan fizikal selari dengan pembangunan intelek dan spiritual, agar terbina masyarakat sivil yang bertamadun. Ciri-ciri pembangunan bandar yang telah berjaya membina tamadun agung berkonsepkan Islam wajar dijadikan teladan, berpandukan contoh-contoh dalam sejarah pembangunan bandarbandar ternama pada era kegemilangan Islam di Iraq, Syam, Mesir, Afrika dan Andalus selepas terbentuknya Madinah sebagai bandar pertama bercirikan Islam. Sebuah bandar Islam tidak terletak pada nama, pengasas dan ciri fizikal yang lestari, tetapi yang lebih penting ialah penghayatan nilai kudus penghuninya. Kesan utama perbandaran terhadap masyarakat Islam ialah kelahiran institusi politik, ekonomi dan sosial bagi pembangunan tamadun, titah baginda dalam majlis mengisytiharkan daerah Muallim di sini hari ini. Daerah Muallim merangkumi Mukim Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu Bernam Barat mempunyai 69,639 orang penduduk. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Proton City dan Bandar Belia 1Malaysia antara institusi penting yang terletak di bawah daerah Muallim dengan Slim River akan menjadi pusat pentadbiran daerah baharu ini. Sultan Nazrin bertitah, daerah Muallim mengandungi penduduk daripada pelbagai agama, kumpulan etnik, budaya dan bahasa di samping terlibat dalam pelbagai profesion dan memiliki tahap sosioekonomi yang berbeza. Justeru, titah baginda, perancangan pembangunan sewajibnya berupaya memenuhi keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan. #st (END) (Source by: Utusan Malaysia)
PDF Full Text :You have no permission to view this item.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Unit Pengurusan Pengetahuan, Bahagian Pembangunan Teknikal
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustaka@upsi.edu.my or 05-4506832