Pustaka Galeri Muallim
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Newspaper Article
Call Number :SEJ JANUARI 2016
Main Author :Utusan Malaysia. (12 Januari 2016)
Title :Muallim Potensi Jadi Maju
Hits :14
Notes :TANJUNG MALIM 11 Jan. Daerah baharu, Muallim yang diisytiharkan sebagai daerah ke-11 negeri ini hari ini mampu menjadi antara daerah yang maju kerana memiliki komponen dan asas yang kukuh dalam bidang pendidikan dan industri berteknologi tinggi. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Muallim dapat dipacu pembangunannya dengan kekuatan tradisi keilmuan yang telah pun bertapak di daerah ini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menurut beliau, pusat pembuatan kereta nasional di Bandar Proton di sini memiliki ciri-ciri industri berkaitan kecanggihan teknologi dan mampu menjadi pemangkin dan aspirasi kepada para pentadbir untuk mencorakkan rupa wajah dan daya saing di daerah baharu itu. Beliau berkata, selain itu, Bandar Belia atau Youth City yang bakal dibina akan menjadi satu pusat pengetahuan dan kemahiran untuk golongan belia. Pengisytiharan daerah Muallim adalah cerminan kepada iltizam kerajaan dalam memastikan pentadbiran dan agihan pembangunan dapat dinikmati oleh semua, tidak hanya tertumpu di kawasan tertentu. Kewujudan daerah Muallim ini menepati falsafah pembangunan yang mapan dan pembangunan terangkum iaitu tiada kawasan yang tertinggal daripada aspek pembangunan, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengisytiharan Daerah Muallim oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Menurut Zambry, perancangan kerajaan negeri adalah melalui Pembangunan Wilayah Selatan yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang telah memetakan fokus daerah Muallim dengan pembangunan bandar automotif di samping penyelidikan dan pembangunan (R&D). Beliau berkata, hal ini menuntut pentadbiran daerah lebih bersedia dan proaktif bagi memastikan pembangunan wilayah tersebut memberikan manfaat kepada pertumbuhan negeri dan kesejahteraan rakyat. Katanya, kedudukan Muallim yang tidak jauh dari Lembah Klang membentuk peluang yang boleh menjadikan pembangunan daerah ini lebih rancak. Ini bermakna akan berlakunya peningkatan orang ramai yang mungkin memilih tinggal di Muallim tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Malah ini jugalah trend atau gaya hidup warga di kota-kota besar dunia, katanya.#st (END) (Source by: Utusan Malaysia)
PDF Full Text :You have no permission to view this item.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Unit Pengurusan Pengetahuan, Bahagian Pembangunan Teknikal
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustaka@upsi.edu.my or 05-4506832