Pustaka Galeri Muallim
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Newspaper Article
Call Number :SEJ JANUARY 2016
Main Author :Berita Harian. (12 January 2016) / Mohd Hafizee Mohd Arop
Title :Agama, ilmu identiti Muallim
Hits :33
Notes :Tanjung Malim: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam mengisytiharkan Tanjung Malim sebagai daerah pentadbiran baru ke-11 di negeri itu dengan dikenali sebagai daerah Muallim. Pewartaan daerah ke-11 itu dibuat pada 10 Oktober tahun lalu selepas mendapat kelulusan Kabinet pada 10 April 2015 sebelum Sultan Nazrin memberi perkenan Muallim sebagai nama bagi daerah baru itu. Pengwujudan daerah baharu itu juga hasil keputusan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri kira-kira tiga tahun lalu untuk menaik taraf daerah kecil Slim River dan Tanjung Malim kepada daerah penuh. Kawasan berkenaan berkeluasan 93,434.65 hektar meliputi tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur dengan antara kawasan terbabit seperti Tanjung Malim, Trolak, Slim, Proton City dan sebahagian Behrang yang sebelum ini berada di bawah pentadbiran daerah Batang Padang. Daerah berkenaan yang berkepadatan penduduk 69,639 orang mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Tanjung Malim dan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Slim dan Behrang. Dalam titah pengisytiharannya, Sultan Nazrin bertitah, perancangan pembangunan daerah Muallim perlu berupaya memenuhi keperluan penduduk daerah itu, terutama kemudahan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan. Baginda turut bertitah, nama Muallim yang baginda perkenankan untuk daerah itu terkandung dua unsur iaitu ilmu dan agama yang wajib dijadikan kompas panduan serta pegangan ketika merancang dan merangka pembangunan daerah berkenaan supaya tidak berlaku percanggahan antara nama dengan kandungan. "Unsur ilmu dan agama hendaklah dijadikan identiti daerah ini. Amatlah bertepatan dengan namanya, jika daerah Muallim dapat memberikan fokus untuk dibangunkan sebagai wilayah ilmu dan kota pelajar," titahnya. Sultan Nazrin bertitah, perkataan mualim berasal daripada perkataan Arab yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan, bermaksud orang yang ahli dalam agama dan amat bertepatan diabadikan kepada daerah itu berdasarkan latar belakang sejarah. "Di daerah inilah, Sultan Idris Training College atau SITC dirasmikan pembukaannya oleh Sir George Maxwell pada 29 November 1922. SITC ialah pusat ilmu, pusat pengajian tertinggi tempatan untuk anak Melayu pada era pra merdeka, dibangunkan untuk memberi latihan perguruan kepada anak-anak Melayu yang berlatar belakang persekolahan dalam bahasa Melayu. "Dari pusat ini lahir barisan inteligensia Melayu, yang berperanan penting meniupkan kebangkitan kesedaran bangsa, menghidupkan semangat nasionalisme bangsa serta menyalakan api perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air," titahnya. ( END ) Source : Harian Metro
PDF Full Text :You have no permission to view this item.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Unit Pengurusan Pengetahuan, Bahagian Pembangunan Teknikal
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustaka@upsi.edu.my or 05-4506832