Pustaka Galeri Muallim
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Online Resources
Main Author :Berita Harian (11 Januari 2016) / Shamsul Kamal Amarudin
Title :Muallim rasmi menjadi daerah ke-11 di Perak
Hits :30
Notes :TANJUNG MALIM: Daerah Muallim hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah baharu, menjadikannya daerah ke-11 di Perak. Pengisytiharannya disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Dewan Seri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), pagi ini. Daerah ke-11 itu diwartakan pada 1 Oktober tahun lalu selepas mendapat kelulusan Kabinet pada 10 April 2015 manakala Sultan Nazrin memberi perkenan Muallim sebagai nama daerah baharu berkenaan. Pengwujudan daerah baharu itu adalah susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kira-kira tiga tahun lalu untuk menaik taraf daerah kecil Slim River/Tanjung Malim kepada daerah penuh. Kawasan berkeluasan 93,434.65 hektar itu meliputi tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur dengan antara kawasan terbabit seperti Tanjung Malim, Trolak, Slim, Proton City dan sebahagian Behrang yang sebelum ini berada dalam pentadbiran daerah Batang Padang. Daerah yang berkepadatan penduduk 69,639 orang itu berada dalam Parlimen Tanjung Malim dengan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Slim dan Behrang.
HTTP Link : Click to view web link
PDF Full Text :You have no permission to view this item.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Unit Pengurusan Pengetahuan, Bahagian Pembangunan Teknikal
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustaka@upsi.edu.my or 05-4506832